Cerpen 2: Sebelum Langit Merusuh
SEBELUM LANGIT MERUSUH “Mengapa sukar untuk Fana maafkan abang?” ”Maafkan abang? Abang sudah melukakan hati Fana...Abang sudah ingkari janji cinta kita!” balasku teresak-esak. “Tapi abang sudah sedar kesilapan abang, Fana. Abang menyesal.” Itulah dialog perbualan aku dan suamiku, Irham yang berlaku hampir setiap hari. Rumah tangga yang kami bina hampir 5 tahun tiba-tiba goyah diuji Allah. Seperti pasangan lain, kami juga pernah bahagia, pernah merasai kemanisan bercinta berpaksikan hubungan yang halal. Kami berkenala ketika di bangku sekolah lagi, sama-sama berjaya menjejakkan kaki ke universiti, sama-sama berdiri megah menggenggam segulung ijazah, sama-sama melangkah ke dunia pekerjaan. Entah bila hati kami mula terpaut pada satu sama lain, sesungguhnya perancangan Allah itu amat indah. Aku langsung tidak pernah mendengar si dia meluahkan kata-kata cinta sebelum kami bernikah. Dia hanya bertanya ringkas. “Fana, awak hendak menjadi isteri saya?” 5 perkataan