Posts

Pyar, tune kya kiya?

ASSALAMUALAIKUM... bila check2 balik, dah 8 bulan i tak update blog..err macam la blog hang ni femes sangat kan rumaizah? lol okay so tinggal few weeks je sebelum cuti sem habis and tbh i rasa macam takde buat benda bermanfaat pun sepanjang cuti yg agak panjang ni...haritu je rasa terisi sikit cuti bila my sweetheart ikin datang and then kitorang jalan2 almost everyday...bla bla bla... Just nak share yg haritu i ada tengok this programme on zee, Pyar Tune Kya Kiya..hindustan la kannn haha actually dulu memang rajin tengok..cite ni every weeks episod yg berbeza, and cite pasal cinta je..i guess based on true story kot..so there's a story about Parth, young + good looking + rich but macam lembut sikit, innocent n baik..tak merokok tu sume..one day dia keluar dengan his friends sebab dia memang tak suka duduk rumah, tak tenang katanya..pastu dia accident and terlanggar orang, bla bla bla dia kena tangkap and masuk sekolah juvana..memula tu dia kena buli, normal la tu kan sebab di

Review Aashiqui 2

Image
ASSALAMUALAIKUM Phew! akhirnya saya berjaya paksa diri untuk update blog harini..hurm lama sangat dah tinggalkan blog ni tanpa entry baru. So malam ni nak buat review pasal sebuah film Bollywood, Aashiqui 2 ..sangat box-office kat India. Sebenarnya dah lama dah tengok cerita ni cuma takde kesempatan nak buat review. Cerita ni agak baru la, tahun 2003..hurm pasal seorang penyanyi lelaki,kira macam rockstar la..lakonan Aditya Roy Kapur (Rahul Jaykar) yg tiba2 je jadi terkenal, banyak menang awards namun dia ni alcoholic.. Pergi mana2 je mesti dia akan minum.. Dan pada satu malam tu dia ada konsert dan someone sabotaj konsert tu,Rahul pun bergaduh tumbuk2 and last2 dia tiba2 sampai kat sebuah bar..kebetulan waktu tu heroine cerita ni lakonan Shraddha Kapoor (Arohi Keshav Shirke) tengah menyanyi, lagu si Rahul plak tu.. Habis je Arohi nyanyi Rahul terus approach Arohi sebab terpukau dengan suara merdu dia tu. Sebenarnya sebelum ni dorang pernah terserempak tapi Arohi tak

Cerpen 2: Sebelum Langit Merusuh

SEBELUM LANGIT MERUSUH “Mengapa sukar untuk Fana maafkan abang?” ”Maafkan abang? Abang sudah melukakan hati Fana...Abang sudah ingkari janji cinta kita!” balasku teresak-esak. “Tapi abang sudah sedar kesilapan abang, Fana. Abang menyesal.” Itulah dialog perbualan aku dan suamiku, Irham yang berlaku hampir setiap hari. Rumah tangga yang kami bina hampir 5 tahun tiba-tiba goyah diuji Allah. Seperti pasangan lain, kami juga pernah bahagia, pernah merasai kemanisan bercinta berpaksikan hubungan yang halal. Kami berkenala ketika di bangku sekolah lagi, sama-sama berjaya menjejakkan kaki ke universiti, sama-sama berdiri megah menggenggam segulung ijazah, sama-sama melangkah ke dunia pekerjaan. Entah bila hati kami mula terpaut pada satu sama lain, sesungguhnya perancangan Allah itu amat indah. Aku langsung tidak pernah mendengar si dia meluahkan kata-kata cinta sebelum kami bernikah. Dia hanya bertanya ringkas. “Fana, awak hendak menjadi isteri saya?” 5 perkataan 

Cerpen 1: Penyanyi Melodi Duka

PENYANYI MELODI DUKA “Kring...kring...kring!!!” Lenaku terhenti. Ish...Zira selalu menjadi pengganggu tidurku. Malam tadi sekali lagi aku bermimpi seorang pemuda yang menyanyikanku sebuah lagu puisi indah namun dia tidak pernah tersenyum. Pemuda tersebut kerap kali menemuiku dalam mimpi namun enggan membenarkan aku melihat wajahnya. Siapakah dia?  Suara lantang Zira menyedarkan aku daripada lamunan indah aku terhadap pemuda misteri itu, aku gelarkannya Encik Mimpi. Ya, aku merupakan antara penggemar setia Encik Mimpi, penyanyi muda yang menyembunyikan wajahnya dengan topeng kecil. Lagu-lagunya sering menjadi siulan aku dan teman baikku Zira. Zira menghubungiku untuk memintaku menemaninya menghadiri sesi ujibakat mencari penyanyi di sebuah studio besar di ibu kota. Zira memang gemar menyanyi. Telinga akulah yang sering menjadi mangsa. Pada mulanya aku enggan menemani temanku, kami baru sahaja bergraduasi di sebuah universiti tempatan, berilah aku peluang ‘bercuti’ di rumah. N